Institut Pembentukan Pemimpin Bumiputera

Menguatkan dan memperlengkapi pemimpin-pemimpin Gereja Bumiputera untuk bertumbuh di dalam Kristus dan melayani Dia dengan berkesan.

Tujuan

1.

Mendorong, menguatkan dan membangunkan pemimpin-pemimpin Bumiputera yang sedia ada dan yang sedang melayani dengan penuh kesetiaan dan pengorbanan.

2.

Melatih, memperlengkapi dan membangkitkan satu generasi pemimpin-pemimpin Bumiputera baru yang salih, kuat dan matang.

Modul Kursus

Modul 1: Dasar-Dasar Kepimpinan
Mengajar para pemimpin untuk mengerti perkara-perkara penting mengenai kempimpinan rohani dan membina pelayanan mereka di atas dasar-dasar kepimpinan yang kukuh.
Unsur-unsur Pertumbuhan Seorang Pemimpin Rohani
Mengongsikan dengan para pemimpin unsur-unsur penting yang mesti wujud untuk memastikan pertumbuhan peribadi sebagai seorang pemimpin.
Mengedalikan Isu-Isu Kepimpinan Umum
Menolong para pemimpin bergumul dan mengatasi cabaran-cabaran yang mereka pasti akan menghadapi dalam kepimpinan mereka.
Mengedalikan Isu-Isu Kepimpinan Peribadi
Membantu para pemimpin mengurus sudut-sudut penting kehidupan peribadi mereka untuk membolehkan mereka menjadi pemimpin yang stabil dan terus bertumbuh.
Kemahiran-Kemahiran Penting Dalam Kehidupan
Mengajar kemahiran-kemahiran penting yang akan membolehkan para pemimpin menjadi pemimpin-pemimpin yang berkesan dan berwibawa.
Kesinambungan Kepimpinan
Mencabar pemimpin-pemimpin sedia ada supaya memuridkan dan mempersiapkan generasi pemimpin pelapis muda yang akan ambil-alih tunggak kepimpinan daripada mereka pada masa depan.